Sunday 21 May 2017

PENGINAPAN MENARIK

CHALET D'KG MR.OS




ya chalet ni di ushakan oleh adik beradik Mr.Os sendiri dan diatas tanah keluarga mereka,
apa yang menarik untuk menginap disini adalah,


1.Suasana Kampung
kedudukan chalet yang terletak betul2 dalam kampung akan membuatkan korang rasa sangat
tenang dengan udara yang nyaman, malam yang sejuk dan paling best, keadaan sekeliling yang banyak tupai dan hidupan2 yg susah nak ditemui di bandar. dan kalau nakkan ketenangan, pasti korang akan merasanya disini.



2.Harga yang murah
ya mmg tersangatlah berbaloi untuk menginap disini, dengan harga dar RM 80.00 sehingga RM 120.00
anda dah boleh dapat menginap di chalet yang mempunyai kelengkapan yang perfect mcm hotel ada star!!,




3. Facility
di chalet ni juga, aku yakin korang akan terkejut, ye la mane taknyer. RM80.00 bilik siap air-cond, TV, sabun, towel, n mcm2 lagi yang di sediakan untuk memastikan korang selesa disini, dan yang paling best!!
kat chalet ni ada SWIMMING POOL!! bolehlah nak terjun2, tp tak dalam pun, tp boleh la nak berendam seronok2,



4.Lain-Lain
di chalet ni juga, terdapat tali air, yang mana korang bolehla nak pancing puyu ke kat situ, and disediakan wakaf untuk bersantai sambil melihat anak2 mandi manda, dan pihak pengurusan chalet ini juga sentiasa ada untuk membantu korang..



ok ni abit review la pasal chalet ni, kalau korang nak menghala ke utara tanah air, dan teringin nak singah tgk2 pun boleh Chalet ni terletak di KOTA LAMA KANAN, kira-kira 2KM dari Bandar Besar Kuala Kangsar, Perak dekat je dengan jambatan Sungai Perak tu,.
ni juga merupakan kampung halaman Mr.Os, untung2 Mr.Os ada disana sbb die tiap2 minggu balik ke sana.

sekarang Chalet ni ada 8 bilik semuanya, dan bakal naik 4 bilik lagi.
kalau nak honeymoon pon boleh jugak disini hehehehe.

ok mengetahui lebih lanjut boleh la clik kat link ni ok! Chalet d'Kg Mr.Os

Sumber :  http://newhusnayusof.blogspot.my/2014/02/chalet-dkampung-mros-kuala-kangsar.html

Wednesday 17 May 2017

AKTIVITI MENARIK




BUKIT LARUT, TAIPING

Tidak banyak yang boleh ada lakukan di sini, selain menikmati kesejukan gunung, melihat burung-burung atau melawat bangunan bekas tinggalan British.
Jika mahu, anda boleh menginap di chalet-chalet di sini. Sayangnya, hampir semuanya sudah berusia dan tidak banyak yang terjaga. Dan selain dari kawasan tinjau dan taman permainan, kawasan sejuk (15 darjah Celcius) dan berkabus ini hampir sama dengan keadaannya sewaktu zaman dahulu.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah ianya hanya menjadi tumpuan peminat unggas dan burung dan bukannya orang awam.

Cara Melawat

Tiada kenderaan awam dibenarkan naik. Untuk ke sini, anda perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda kerajaan. Kenderaan ini bergerak naik ke atas setiap 1 jam

Harga Tambang Kenderaan 4 Roda

Dewasa : RM 6
Kanak-kanak : RM 3

Sejarah Bukit Larut

Bukit ini pada mulanya ialah tempat berehat pegawai-pegawai British di Malaya yang ingin melarikan diri dari kepanasan cuaca tropika.
Apabila ia mula dibuka, akses ke atas cukup sukar. Mereka perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 13km, menunggang kuda ataupun menaiki tandu yang diusung.
Apabila Jepun mengambil alih pemerintahan dan menjadikan Taiping sebagai pusat pemerintahan Perak dan Indonesia, Jepun menggunakan buruh-buruh paksa untuk menyiapkan jalan ke puncak bukit Larut. Jalan yang ada sekarang merupakan hasil air mata dan darah tawanan perang dan orang tempatan yang dikerah menyiapkannya.
Setelah British mengambil semula Bukit Larut, kegiatan pertanian strawberi, teh dan bunga telah dijalankan. Akan tetapi ianya gagal dan hasrat ini diteruskan di Cameron Highlands.
Pada tahun 2009, terdapat percubaan untuk menanam bunga tulip di sini. Sekali lagi, ianya gagal dan ladang ini ditutup pada tahun 2012.
Sumber: http://www.jomjalan.com.my/listing/bukit-larut/

Kong Heng Flea Market (Berdekatan Plan B)

Plan B | Tempat Menarik di Ipoh, Perak
 Sekiranya anda google “Plan B Ipoh”, apa yang akan anda jumpa adalah restoran bernama Plan B yang terletak di sini. Kalau nak diikutkan, ia adalah sebuah coffee house- kat Mid Valley pun ada. Tapi sebenarnya, Plan B disenaraikan di sini sebagai landmark bagi satu tempat menarik di Ipoh yang menjadi tarikan geng-geng photographer. Di sebalik coffee house ni, terdapat pelbagai kedai-kedai menarik di sekitarnya untuk ditinjau. Kalau anda rasa nak feeling-feeling nostalgia dengan memakan ais kepal, kat sini ada satu gerai yang agak famous, iaitu Bits & Bobs.
Selain itu, terdapat kedai-kedai lain seperti kedai gunting rambut, kedai baju & gerai-gerai menjual souvenir di yang dipanggil Kong Heng Flea Market. Barang yang dijual pun sememangnya cantik-cantik. Tapi bagi saya, apa yang unik di sini adalah landskap lokasi ini sendiri yang menggabungkan elemen moden dan nostalgia. Jadi, terjumpa & berebut tempat bergambar orang tengah buat wedding photoshoot kat area ni memang biasalah.
Plan B Ipoh | Tempat Menarik di Perak
Tempat Menarik di Ipoh, Perak | Hong Kong Flea Market

Lokasi

Jalan Panglima, Ipoh


Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping & Night Safari | Tempat Menarik di Perak
Untuk pengetahuan anda, Zoo Taiping adalah zoo yang tertua di Malaysia yang mana ia mula beroperasi pada tahun 1961. Zoo ini berkeluasan 34 ekar dan menjadi rumah kepada lebih 1300 ekor haiwan daripada sekurang-kurangnya 180 spesies yang berbeza. Zoo Taiping mempunyai tarikannya yang tersendiri, lebih-lebih lagi apabila ia mula memperkenalkan night safari. Maklumkah, terdapat juga spesies-spesies nokturnal yang hanya aktif pada waktu malam.
Zoo Taiping & Night Safari | Tempat Menarik di Perak
Zoo Taiping adalah lokasi yang amat sesuai untuk dikunjungi sekiranya anda bercuti di negeri Perak bersama-sama dengan ahli keluarga. Haiwan-haiwan yang ada di sana pasti akan menarik minat kanak-kanak untuk mengenali spesies-spesies seperti mamalia, amfibia malah reptilia dengan lebih dekat.

Lokasi

Waktu Beroperasi

Lawatan Waktu Siang

Dibuka setiap hari bermula jam 8:30 pagi sehingga 6:00 petang

Night Safari

Dibuka setiap malam (termasuk cuti umum) bermula jam 8:00 malam sehingga jam 11:00 malam.
Untuk hari Sabtu & malam sebelum cuti am, waktu operasi disambung sehingga jam 12:00 tengah malam.

Caj Masuk

Dewasa: RM17.00
Kanak-kanak: RM8.50

Sumber:   http://aliff.co/tempat-menarik-di-perak/

MAKANAN MENARIK


MEE UDANG DI KUALA SEPETANG, TAIPING

Sesuai bagi mereka yang inginkan percutian keluarga secara santai . Merupakan sebuah perkampungan nelayan pengunjung boleh River Cruise sambil melihat kawasan kelip-kelip di sepanjang sungai dan menikmati mee udang terbaik di Perak.

 Sumber : https://siraplimau.com/tempat-menarik-di-perak-percutian/


Mee Rebus Ramli


Mee Rebus Ramli cukup popular. Kalau anda ke Ipoh pasti anda tak mahu ketinggalan memakan makanan  ini. Ia adalah resepi istimewa yang telah lama bertapak di Ipoh. "Betul-betul Ipoh Mali!"
Terdapat 3 restoren Mee Rebus Ramli. Iaitu di Taman Tasek Jaya, Jalan Raja Ekram dan Taman Bercham Raya.

Yang sering saya kunjungi ialah di Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Senang saja untuk mengunjunginya kerana ia jelas kelihatan di tepi jalan raya utama. Ia juga tidak berjauhan dengan Masjid Cina, Ipoh.
Sangat sedap meenya...tak sedar licin dah pinggan......

Mee Rebus Ramli yang pekat kuahnya. Ia sarat dengan cucur gebu dan telur rebus ...nyumm....

Restoren Mee Rebus Ramli ini letaknya di Tasek (Jalan Kuala Kangsar) Ipoh           


Nasi Ganja Greentown, Ipoh


Nasi Ganja yang terkenal di Ipoh, letaknya di sebuah restoren yang bercampur dengan Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee.

Nasi Ganja ini sebenarnya adalah nasi kandar dengan gulai kari ayam, udang, daging dan macam-macam jenis gulai kari. Ia dinamakan Nasi Ganja kerana sesiapa yang memakannya biasanya akan datang lagi kerana ketagihan memakannya, disebabkan sedapnya nasi itu.

Saya pernah makan tengahari di sini, tetapi orang punyalah ramai...sehingga kena beratur panjang. Meja pula sudah penuh dan terpaksa menunggu sekejap.


Nalaa........

Sumber : http://nota-kembara.blogspot.my/2016/09/10-tempat-makan-sedap-di-ipoh.html

TEMPAT MENARIK


LOST WORLD OF TAMBUN

Taman Tema Lost World di Tambun, Ipoh ini memang antara tempat paling ramai pengunjung semasa hujung minggu.
Kalau orang Selangor ada Sunway Lagoon, orang Ipoh pula berseronok dengan Lost World ini. Lagipun pemiliknya sama, dan standardnya pun lebih kurang hebat. Bezanya kawasan ini jauh lebih cantik dan hijaunya semulajadi.

Apa Ada Di Sini

Untuk Anak Anda
Untuk anak ada, seperti biasa ada kolam besar untuk mereka berseronok. Kalau itu belum cukup, dapatkan pelampung dan masuk ke dalam sungai buatan di keliling taman tema ini.
Sebelum balik, anda boleh masuk ke petting zoo yang ada burung-burung jinak dan binatang lain boleh anda beri makan dari tapak tangan.

Untuk Mak & Bapa

Kalau anda ingin merasa buaian tinggi, ada juga untuk anda. Cuma jaga-jaga, takut terkeluar semula sarapan pagi.
Dan seperti biasa, ada beberapa slide air untuk anda menjerit dan bergelak ketawa.

Hot Spring

Lost World Tambun juga ada beberapa kolam air panas. Jaga anak-anak. Takut-takut ada yang ingat semua kolam sama. Menangis nanti kalau melompat terus masuk ke kolam yang panas nanti.
Kalau anda rasa siang memang tidak praktikal untuk masuk ke kolam ini, datanglah pada waktu malam. Taman tema ini akan ditutup, cuma bahagian untuk kolam air panas dibuka.

Apa Lagi Yang Ada Di Sini

Selain slides air, Lost World juga ada harimau, kawasan ala-ala tempat membijih, spa dan hotel.
Dan kalau anda mahu datang untuk team building, tiada masalah. Anda boleh masuk ke terowong dengan air paras pinggang, memanjat gunung batu kapur ataupun menjerit bila merentas tasik dengan zipline

Harga Tiket

Dewasa : RM 65
Kanak-kanak : RM 58

Waktu Operasi

Tutup Selasa kecuali semasa cuti umum/sekolah
Hari Biasa : 11pg – 6 ptg
Hujung Minggu: 10pg – 6 ptg

Sumber: http://www.jomjalan.com.my/listing/tambun-lost-world/

MASJID UBUDIAH, KUALA KANGSAR

Direka oleh AB Hubback iaitu arkitek sama yang mereka Stesen Keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur, masjid ini dibina dengan menggunakan batu marmar yang diimport khas dari Itali. Ia dibangunkan pada tahun 1913, tetapi pembinaannya tergendala dan hanya disiapkan pada 1917. Ini kerana marmar import itu lewat tiba kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Masjid Ubudiah dan Hubungan Dengan Sultan

Masjid ini dibina berkat nazar Sultan Idris Murshidul Azam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28. Beliau bernazar yang beliau akan membina sebuah masjid jika sembuh dari gering.
Sayangnya walaupun beliau yang bertanggungjawab meletakkan batu asas masjid, ianya hanya siap setahun selepas kemangkatan beliau.
Sebelum Masjid Negeri di Ipoh dibina, masjid Ubudiah Kuala Kangsar ialah masjid rasmi bagi negeri ini. Selain pernah menjadi masjid utama negeri, ia juga merupakan masjid diRaja untuk Perak. Oleh sebab itu, bersebelahan kawasan masjid ini, terdapat juga makam diRaja yang dinamakan Makam Diraja Al-Ghufran yang menempatkan makam sultan-sultan terdahulu.
Sumber : http://www.jomjalan.com.my/listing/masjid-ubudiah/

 Art Of OldTown (Ipoh Street Art)

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Ipoh, selaku ibu negeri ia masih mengekalkan cara tradisional iaitu dari segi reka bentuk dan struktur bandar nya. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Ipoh.  Ipoh juga terkenal dengan pelbagai tempat makan menarik.
Terbaru, Ipoh mulai terkenal dengan tarikan terbaru nya iaitu Street Art atau Seni Lukis Jalanan yang terdapat pada dinding bangunan sekitar Ipoh. Pelbagai lukis dinding jalanan atau mural anda dapat lihat di dinding bangunan di Ipoh. Antara nya seperti di bawah ini:
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
1. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)
2. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
3. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078483 E)
4. A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E)
5. A Bag Of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
6. Girl On A Wall In Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
7. Old Town Relives Nostalgia With Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
8. Tin Mining Town With Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E

 

Menara Condong Teluk Intan

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Antara tempat menarik di Perak yang anda harus pergi ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara Jam Condong di Teluk Intan ini telah menjadi mercu tanda Teluk Intan dan Perak. Leong Choon Cheong atau Ah Cheong ialah arkitek yang betanggungjawab membina menara ini, beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali, Menara ini boleh dikatakan sama popular dengan Menara Condong Pisa di Itali itu.  Sekarang di 2016, menara yang berusia 131 tahun ini masih tersergam kukuh bagai tidak dimakan dek usia. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Menara ini sebenarnya dibina untuk menjadi tempat takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Pada tahun 1895, Teluk Intan telah dilanda musibah banjir besar sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Alamat:
Jalan Pasar, Pekan Teluk Intan, 36000, Teluk Intan, Perak, Malaysia


Gua Tempurung

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Tersenarai antara tempat menarik di Perak saya, Gua Tempurung ini pertama kali dikenal pasti pada tahun 1887 di Peta Perak Melayu Semenanjung, yang menunjukkan gunung dieja sebagai “Gunong Tempoo Rong“. Jabatan Mineral dan Geosains anggaran usia pembentukan batu dalam bidang Gua Tempurung menjadi antara 250 dan 400 juta tahun.
Gua Tempurung adalah gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan panjang keseluruhan gua yang sedang 4.5km, manakala bahagian yang boleh diakses kepada orang ramai kira-kira 1.9km. Gua ini mengandungi sungai bawah tanah 1.6km panjang. Laluan pejalan kaki telah dibina dalam beberapa bahagian gua menjadikannya mudah bagi pengunjung untuk bersiar-siar sambil menikmati pemandangan air terjun bawah tanah yang indah dan stalaktit loket tergantung dari stalagmit bumbung.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Tempurung ini. Aktiviti paling diminati adalah lawatan ataupun “Tour“. Terbahagi kepada 4 jenis tour iaitu “Golden Flowstone”, “Top of The World”, “Top of The World & River Adventure” dan “Grand Tour”. Anda boleh lah lihat sendiri dengan lebih maklumat di laman web mereka disini www.guatempurung.my.
Boleh lah anda dan keluarga atau sahabat anda yang ingin kan pengembaraan pengembaraan di dalam gua datang ke sini. Saya amat sarankan. Aktiviti yang disediakan amat menyeronokkan. Jangan lupa bawa baju lebih kalau nak ke sini.
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Website: www.guatempurung.my
Telefon:
Ayu – 017 527 1926
Pn Sharifah – 012 529 2426
Shahril – 012 554 9830

Sumber :   http://teguhprasetyo.com/tempat-menarik-di-perak/

PETA NEGERI PERAK

SEJARAH NEGERI PERAK

ASAL USUL NAMA NEGERI PERAK.

Pelbagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.


Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu BeruasManjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban ). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.


Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.


Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak di Chegar Galah dalam buku A.Halim Nasir.[1]


Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.


Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa PortugisAchehBugisSiamMinangkabauBelanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan Nusantara ini.

Sumber : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Perak Sumber  https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ab/Districts_in_Perak.svg/1274px-Districts_in_Perak.svg.png

PENGINAPAN MENARIK

CHALET D'KG MR.OS ya chalet ni di ushakan oleh adik beradik Mr.Os sendiri dan diatas tanah keluarga mereka, apa yang menarik unt...