LOST WORLD OF TAMBUN
Taman Tema Lost World di Tambun, Ipoh ini memang antara tempat paling ramai pengunjung semasa hujung minggu.
Kalau orang Selangor ada Sunway Lagoon, orang Ipoh pula berseronok dengan Lost World ini. Lagipun pemiliknya sama, dan standardnya pun lebih kurang hebat. Bezanya kawasan ini jauh lebih cantik dan hijaunya semulajadi.
Apa Ada Di Sini
Untuk Anak Anda
Untuk anak ada, seperti biasa ada kolam besar untuk mereka berseronok. Kalau itu belum cukup, dapatkan pelampung dan masuk ke dalam sungai buatan di keliling taman tema ini.
Untuk anak ada, seperti biasa ada kolam besar untuk mereka berseronok. Kalau itu belum cukup, dapatkan pelampung dan masuk ke dalam sungai buatan di keliling taman tema ini.
Sebelum balik, anda boleh masuk ke petting zoo yang ada burung-burung jinak dan binatang lain boleh anda beri makan dari tapak tangan.
Untuk Mak & Bapa
Kalau anda ingin merasa buaian tinggi, ada juga untuk anda. Cuma jaga-jaga, takut terkeluar semula sarapan pagi.
Untuk Mak & Bapa
Kalau anda ingin merasa buaian tinggi, ada juga untuk anda. Cuma jaga-jaga, takut terkeluar semula sarapan pagi.
Dan seperti biasa, ada beberapa slide air untuk anda menjerit dan bergelak ketawa.
Hot Spring
Lost World Tambun juga ada beberapa kolam air panas. Jaga anak-anak. Takut-takut ada yang ingat semua kolam sama. Menangis nanti kalau melompat terus masuk ke kolam yang panas nanti.
Kalau anda rasa siang memang tidak praktikal untuk masuk ke kolam ini, datanglah pada waktu malam. Taman tema ini akan ditutup, cuma bahagian untuk kolam air panas dibuka.
Apa Lagi Yang Ada Di Sini
Selain slides air, Lost World juga ada harimau, kawasan ala-ala tempat membijih, spa dan hotel.
Dan kalau anda mahu datang untuk team building, tiada masalah. Anda boleh masuk ke terowong dengan air paras pinggang, memanjat gunung batu kapur ataupun menjerit bila merentas tasik dengan zipline
Harga Tiket
Dewasa : RM 65
Kanak-kanak : RM 58
Kanak-kanak : RM 58
Waktu Operasi
Tutup Selasa kecuali semasa cuti umum/sekolah
Hari Biasa : 11pg – 6 ptg
Hujung Minggu: 10pg – 6 ptg
Sumber: http://www.jomjalan.com.my/listing/tambun-lost-world/
Hari Biasa : 11pg – 6 ptg
Hujung Minggu: 10pg – 6 ptg
Sumber: http://www.jomjalan.com.my/listing/tambun-lost-world/
MASJID UBUDIAH, KUALA KANGSAR
Direka oleh AB Hubback iaitu arkitek sama yang mereka Stesen Keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur, masjid ini dibina dengan menggunakan batu marmar yang diimport khas dari Itali. Ia dibangunkan pada tahun 1913, tetapi pembinaannya tergendala dan hanya disiapkan pada 1917. Ini kerana marmar import itu lewat tiba kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Masjid Ubudiah dan Hubungan Dengan Sultan
Masjid ini dibina berkat nazar Sultan Idris Murshidul Azam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28. Beliau bernazar yang beliau akan membina sebuah masjid jika sembuh dari gering.
Sayangnya walaupun beliau yang bertanggungjawab meletakkan batu asas masjid, ianya hanya siap setahun selepas kemangkatan beliau.
Sebelum Masjid Negeri di Ipoh dibina, masjid Ubudiah Kuala Kangsar ialah masjid rasmi bagi negeri ini. Selain pernah menjadi masjid utama negeri, ia juga merupakan masjid diRaja untuk Perak. Oleh sebab itu, bersebelahan kawasan masjid ini, terdapat juga makam diRaja yang dinamakan Makam Diraja Al-Ghufran yang menempatkan makam sultan-sultan terdahulu.
Sumber : http://www.jomjalan.com.my/listing/masjid-ubudiah/

Alamat:

Jalan Pasar, Pekan Teluk Intan, 36000, Teluk Intan, Perak, Malaysia

Alamat:
Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Website: www.guatempurung.my
Telefon:
Ayu – 017 527 1926
Pn Sharifah – 012 529 2426
Shahril – 012 554 9830
Sumber : http://teguhprasetyo.com/tempat-menarik-di-perak/
Art Of OldTown (Ipoh Street Art)

Ipoh, selaku ibu negeri ia masih
mengekalkan cara tradisional iaitu dari segi reka bentuk dan struktur
bandar nya. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Ipoh.
Ipoh juga terkenal dengan pelbagai tempat makan menarik.
Terbaru, Ipoh mulai terkenal dengan
tarikan terbaru nya iaitu Street Art atau Seni Lukis Jalanan yang
terdapat pada dinding bangunan sekitar Ipoh. Pelbagai lukis dinding
jalanan atau mural anda dapat lihat di dinding bangunan di Ipoh. Antara
nya seperti di bawah ini:

1. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)
2. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
3. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078483 E)
4. A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E)
5. A Bag Of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
6. Girl On A Wall In Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
7. Old Town Relives Nostalgia With Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
8. Tin Mining Town With Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E
2. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
3. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078483 E)
4. A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E)
5. A Bag Of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
6. Girl On A Wall In Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
7. Old Town Relives Nostalgia With Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
8. Tin Mining Town With Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E
Menara Condong Teluk Intan

Antara tempat menarik di Perak yang anda harus pergi ialah Menara Condong Teluk Intan.
Menara Jam Condong di Teluk Intan ini telah menjadi mercu tanda Teluk
Intan dan Perak. Leong Choon Cheong atau Ah Cheong ialah arkitek yang
betanggungjawab membina menara ini, beliau mendapat ilham membina dengan
reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara
China. Mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara
Pisa di Itali, Menara ini boleh dikatakan sama popular dengan Menara
Condong Pisa di Itali itu. Sekarang di 2016, menara yang berusia 131
tahun ini masih tersergam kukuh bagai tidak dimakan dek usia. Menara ini
dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada
110 anak tangga.
Menara ini sebenarnya dibina untuk
menjadi tempat takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong.
Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini
tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang
mengunjungi bandar Teluk Intan. Pada tahun 1895, Teluk Intan telah
dilanda musibah banjir besar sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang
berlaku dengan bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini mula
condong ke arah Barat.
Alamat:Jalan Pasar, Pekan Teluk Intan, 36000, Teluk Intan, Perak, Malaysia
Gua Tempurung

Tersenarai antara tempat menarik di Perak saya, Gua Tempurung ini pertama kali dikenal pasti pada tahun 1887 di Peta Perak Melayu Semenanjung, yang menunjukkan gunung dieja sebagai “Gunong Tempoo Rong“. Jabatan Mineral dan Geosains anggaran usia pembentukan batu dalam bidang Gua Tempurung menjadi antara 250 dan 400 juta tahun.
Gua Tempurung adalah gua batu kapur
terbesar di Semenanjung Malaysia dengan panjang keseluruhan gua yang
sedang 4.5km, manakala bahagian yang boleh diakses kepada orang ramai
kira-kira 1.9km. Gua ini mengandungi sungai bawah tanah 1.6km panjang.
Laluan pejalan kaki telah dibina dalam beberapa bahagian gua
menjadikannya mudah bagi pengunjung untuk bersiar-siar sambil menikmati
pemandangan air terjun bawah tanah yang indah dan stalaktit loket
tergantung dari stalagmit bumbung.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Tempurung ini. Aktiviti paling diminati adalah lawatan ataupun “Tour“. Terbahagi kepada 4 jenis tour iaitu “Golden Flowstone”, “Top of The World”, “Top of The World & River Adventure” dan “Grand Tour”. Anda boleh lah lihat sendiri dengan lebih maklumat di laman web mereka disini www.guatempurung.my.
Boleh lah anda dan keluarga atau sahabat
anda yang ingin kan pengembaraan pengembaraan di dalam gua datang ke
sini. Saya amat sarankan. Aktiviti yang disediakan amat menyeronokkan.
Jangan lupa bawa baju lebih kalau nak ke sini.

Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Website: www.guatempurung.my
Telefon:
Ayu – 017 527 1926
Pn Sharifah – 012 529 2426
Shahril – 012 554 9830
Sumber : http://teguhprasetyo.com/tempat-menarik-di-perak/
No comments:
Post a Comment